May 15, 2012

Middle east lunch for Woon Shin's farewell

A colleague from Admissions department, Woon Shin's last day in IMU was last Friday. My manager wanted to have a farewell lunch with her as she had been working with us for quite a lot of time when involve Admissions department. We decided to go to Al-Diafah, a middle east restaurant in Sri Petaling for her farewell lunch together with Kak Liza and Jacinta.

Al-Diafah is a very nice middle east restaurant, from environment, decorations up to the food that they serve. I've been there for a few times including another colleague's farewell last year and dinner with mummy. I like the decorations so much it makes me feel like I'm in the Arabic countries. 

May 14, 2012

Kerosakan Bahasa Malaysia oleh warga asing

Walaupun kebanyakan dari tulisan dalam blog ini ditulis menggunakan Bahasa Inggeris, ketahuilah wahai pembaca bahawasanya saya masih menghormati Bahasa Malaysia.

Cuma bila tulis Bahasa Malaysia, jadi macam ni lah. Agak kaku. Dan kalau guna Bahasa Malaysia yang terlalu pasar, nanti rasa tak hormat bahasa kebangsaan pun timbul. Mungkin kalau sikit-sikit okay lah lagi, kan. Nak bahasakan diri saya ke, aku ke, pun jadi masalah. I have to admit, it is much easier when writing in English. I can use the word 'I' and won't feel weird at all. Nampak tak perbezaan ayat-ayat yang nampak kaku dan sedikit easy-going bila guna Bahasa Inggeris tadi?

Hari Sabtu lepas, saya pun pergilah berjalan ke Chow Kit yang tidak dinafikan memang penuh dengan warga asing - Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan lain-lain lagi. Tak kurang juga makcik-makcik yang bertudung merah ramai-ramai duduk depan Hotel Cititel Express, yang bersebelahan dengan Batu Road lama tu. Pelik jugak tengok ramai sangat makcik-makcik pakai tudung sedondon duduk bersila kat depan hotel macam tu. Rupanya.. makcik-makcik berkenaan adalah makcik-makcik dari Terengganu yang datang untuk perhimpunan 66 tahun UMNO di Bukit Jalil. Banyak bas-bas sekolah dan ekspres beratur di depan hotel tu.

Berbalik kepada perkara dalam pendahuluan tadi, semakin ramai warga asing, semakin banyak lah juga mereka yang cuba mencari peluang pekerjaan dan peluang perniagaan di kedai baju, kedai runcit, stesyen minyak dan kedai makanan. Yang tak enaknya ialah apabila mereka cuba memasarkan perniagaan kepada warga tempatan dengan menulis dalam Bahasa Malaysia (agaknya lah) tanpa memeriksa dengan warga tempatan sendiri ejaan dan ayat yang digunakan.

Kedai Makan Pakistan


Kedai di GM Plaza

Sedih, kan?